poslat odkaz na aplikaci

Malaysia Merdeka


4.2 ( 6032 ratings )
Manuály Navigace Vzdělávání
Vývojář: Muhammad Asyraf Mohamad Fauzi
Zdarma

Penetapan Negaraku Sehati Sejiwa sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 adalah bagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai

Tema Negaraku Sehati Sejiwa juga dilihat menepati dengan usaha kerajaan yang mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia bahawa bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan selain memastikan semangat bersatu padu serta muafakat terus dicapai demi kemakmuran negara

Selain menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, “Negaraku Sehati Sejiwa” juga seiring dengan perpaduan / kesepakatan yang menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia

Sebagai makluman, sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos bakal menampilkan kelainan yang berbeza berbanding sambutan sebelumnya dengan membawa konsep Stadium Merdeka sekali gus dapat mengembalikan semula nostalgia sambutan kemerdekaan pada tahun 1957

Sehati Sejiwa mencerminkan Kesepaduan, Kesefahaman, Kekitaan dan Kemanusiaan seluruh rakyat di Malaysia selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada